Bergaya tidak salah brader, tetapi biarlah kena dengan
caranya. Cubaan bergaya keterlaluan boleh menjadikan kita bahan ketawa
orang yang melihat. Ada beberapa peraturan yang perlu kita ikut agar
gaya tidak pelik dan janggal. Takkan nak ke shopping complex pakai tali leher. Jika inilah gaya anda, anda perlu bantuan.
1. Lebih penting dan lebih selamat untuk tampil lebih baik setiap hari berbanding tampil berbeza setiap hari. Lelaki yang tampil selesa dipandang adalah lelaki yang bijak bergaya.
2. Hanya pakai tali leher apabila ia melibatkan dunia pekerjaan.
Ramai orang tertanya-tanya perlukah memakai tali leher ketika
bermesyuarat? Jawapannya mudah. Pakai tali leher apabila melibatkan
wang!
3. Kasut hitam adalah asas. Semestinya yang asas itu
membosankan. Jika anda memakai warna hitam secara keseluruhan, pasti
kasut anda juga berwarna hitam. Jika anda menggunakan warna kelabu, biru
atau apa saja kombinasi warna, pilih kasut berwarna coklat kerana kasut
warna coklat lebih sofistikated pada hari ini.
4. Kolar besar untuk tali leher besar, kolar kecil untuk tali leher kecil. Jika sebelum ini anda kerap menjadi bahan perhatian, mungkin kesilapan pada padanan kolar dan tali leher anda di pejabat.
5. Ketahui tempoh sesuai untuk memotong rambut anda.
Ramai lelaki memotong rambut apabila mula sedar rambut sudah panjang dan
berserabut. Pastikan anda mempunyai jadual tertentu yang sesuai untuk
tampil sentiasa maskulin.
6. Corak garis menegak membantu anda menjadi kelihatan kurus. Maka, bayangkan jika anda mengenakan pakaian bercorak garis melintang. Anda akan kelihatan berisi dan gempal.
7. Kenali tukang jahit yang sesuai dan faham fizikal anda. Orang yang benar-benar mengambil berat akan fesyen biasanya mempunyai tukang jahit yang tetap dan tidak bertukar-tukar.
8. Elak mengenakan pakaian yang berkilat. Sebagai
lelaki, kurangkan corak dan warna-warna terang pada fesyen anda. Jika
anda memilih sut, pilih gaya klasik warna biru gelap atau kelabu dan
serikan sedikit warna pada tali leher atau poket anda.
9. Sentiasa bersedia tampil segak. Hari ini, pandangan
kali pertama sering terus dilabel meskipun ketika anda sedang
bersantai. Oleh demikian, pastikan anda sentiasa kemas untuk memastikan
anda kelihatan seorang yang mengikut fesyen.
10. Pilih merah jambu jika buntu. Lelaki sering keliru
untuk memakai pakaian berwarna krim, kuning dan kelabu cerah sedangkan
warna ini bukanlah kurang menarik. Namun, lelaki yang mempunyai kulit
pucat tidak digalakkan mengenakan pakaian warna sedemian untuk elak
kelihatan sakit. Ramai lelaki takut untuk mengenakan pakaian berwarna
merah jambu sedangkan warna ini menjadikan lelaki kelihatan sihat,
berseri-seri dan memikat wanita kerana menunjukkan keyakinan tinggi!
11. Padanan butang. Tali leher yang dipakai perlu
menutup butang pada kolar, pakaian pula perlu menutup butang seluar.
Lelaki yang berpakaian singkat menampakkan anda seperti bekerja untuk
NASA manakala pakaian serba panjang pula kelihatan seperti bekerja
seperti bekerja sebagai ahli kongres!
12. Bergaya ketika membeli-belah. Peraturan ini
mungkin kedengaran bodoh tetapi percayalah bahawa apa yang anda pakai
ketika membeli-belah menunjukkan apa yang anda beli.
13. Lelaki yang menitikberatkan pakaian yang bergosok merupakan lelaki yang senantiasa terkini di dalam fesyen.
Cara mudah untuk gosok pakaian adalah memasukkan air biasa berbanding
menggunakan bahan lain seperti lilin atau kanji kerana boleh merosakkan
fabrik.
14. Elak padankan blazer dengan seluar slake warna lembut.
Jika anda mengenakan blazer, baju putih dan jeans gelap adalah padanan
yang paling serasi. Selagi anda memadankan blazer dengan khakis atau
jeans gelap, ia pasti selamat. Tapi jangan sesekali padankan blazer
dengan seluar slake warna lembut.
15. Pakai pakaian sama usia. Elak menampakkan diri
anda seperti terlalu muda atau terlalu tua dari usia sebenar. Kebanyakan
lelaki tersepit dengan gaya kolej. Biarkan almari anda mengikut
peredaran zaman.
16. Jika anda tidak mampu atasi masalah, tukar sesuatu kepada yang baru.Sebagai
contoh, jika rambut anda semakin menipis, apa kata botakkan kepala anda
kerana ia lebih selesa malah ia sentiasa IN sepanjang masa.
17. Padankan tali pinggang dengan seluar anda.
Kesilapan yang sering dilakukan oleh lelaki apabila anda mengenakan tali
pinggang kecil bersama seluar besar. Akibatnya, anda mencipta gelembung
udara di bahagian depan seluar anda. Ia memang memalukan!
18. Elak ada kesan 'timbul' pada zip seluar anda.
Sebolehnya, elak mengenakan pakaian dan seluar yang ketat kerana ia
menampakkan tubuh badan anda seperti perut yang sedikit boroi dan
'timbul' di bahagian kelangkang anda!
19. 'Tuck in' bertempat. 'Tuck in' atau
memasukkan pakaian ke dalam seluar itu boleh tetapi biar bersesuaian
dengan majlis. Jika anda memilih baju T, adalah lebih baik anda tidak 'tuck in' bersama jeans. Ia akan membuatkan anda kelihatan seperti baru mengenali dunia fesyen.
20. Bingkai kaca mata biarlah bersesuaian. Pilih kaca
mata yang sesuai dengan bentuk muka anda supaya wajah anda tidak
kelihatan besar atau kecil dari tubuh sehingga menampakkan diri yang
'pelik'.
Kadang-kadang kita mahu meniru gaya seseorang tanpa menyedari bentuk
fizikal diri sendiri. Untuk lebih selamat dan tidak menjadi bahan
kritikan, sekurang-kurangnya peraturan ini perlu diketahui supaya anda
tahu definisi fesyen.
0 Response to "20 Peraturan Berfesyen Agar Tidak Over!"
Post a Comment