Boxer, seluar seakan-akan dipakai oleh peninju dikatakan lebih selesa dipakai berbanding seluar dalam oleh kebanyakan kaum lelaki. Boxer yang lebih longgar, selesa dan 'bergaya' ketika tidur juga dikatakan lebih selamat dari segi kesuburan. Betul ke?
Semestinya Selesa. Boxer lebih longgar
berbanding seluar dalam memberi pergerakan yang bebas buat si pemakai.
Apabila dipakai bersama seluar longgar atau seluar pendek, pemilihan boxer
membantu aliran udara. Untuk lelaki aktif bersukan pula, seseorang
mungkin memerlukan lebih banyak sokongan untuk alat kelaminnya. Jika
anda memilih boxer yang berfabrik ringan dan nipis, ia membuatkan anda seolah-olah tidak memakai apa-apa tetapi masih kekal tertutup.
Lebih Fashionable. Di negara barat, boxer boleh dijadikan penambah gaya ketika berfesyen. Hari ini, boxer banyak dijual dengan cetakan menarik dan lebih macho. Corak yang fashionable ini membuatkan lelaki suai padan boxer dengan baju-t, seluar atau topi. Mereka akan sengaja menampakkan bahagian atas boxer dengan melondehkan sedikit seluar bawah pinggang. Maklumlah, terdapat boxer pelbagai corak bermula dari karakter kartun sehinggalah motosikal yang boleh mewakili hobi masing-masing.
Kelancaran Sperma. Mengekalkan suhu sejuk pada testis
membantu melancarkan pengeluaran sperma dengan lebih baik selain
membantu meningkatkan aliran udara. Ada sesetengah boxer direka
khas untuk lelaki yang mahu mengingkatkan potensi dengan adanya poket
di hadapan untuk memudahkan letak pek ais bagi suhu lebih rendah.
Seluar tidur. Mana mungkin anda selesa tidur dengan seluar dalam yang ketat dan menjejaskan pergerakan anda. Boxer
dikatakan lebih selesa untuk masuk bilik tidur selain membolehkan anda
tidur dengan 'buas' tanpa mengganggu alat kelamin. Jangan terkejut
apabila ada lelaki menjadikan boxer sebagai 'seragam' tidur setiap hari.
Boxer atau seluar dalam, kedua-duanya berfungsi sebagai lapisan menutup
alat sulit. Tetapi, jika diteliti dari segi keselesaan, gaya dan
kesihatan, boxer lebih mendahului. Yang mana satu pilihan anda? Boxer atau seluar dalam ketat!
BONUS MASKULIN!
Pemakaian seluar dalam ketat merupakan antara punca kemandulan lelaki dan juga mempengaruhi bilangan sperma.
Doktor turut menyarankan tidak memakai seluar dalam ketat
terutama ketika bersukan lebih-lebih lagi duduk dalam tempoh yang lama.
Menurut pakar perubatan lelaki hospital New York, Grunebaum juga menyarankan pakai boxer setiap masa.
Apabila anda di rumah, Grunebaum turut meminta lelaki
menanggalkan seluar dalam ketat kerana ia bukan saja mengurangkan suhu
testis tetapi membuatkan anda kelihatan tidak seksi di mata pasangan!
0 Response to "Kenapa Lelaki Perlu Pilih Boxer?"
Post a Comment