Jumlah masyarakat menggunakan rawatan botox mula meningkat semenjak ia mula digunakan dan diluluskan untuk kosmetik pada tahun 2002. Meskipun wanita amat sinonim dengan kecantikan, tetapi penggunaan botox dan pembedahan plastik di kalangan lelaki juga apa kurangnya.
Kebanyakan selebriti luar negara seakan tidak boleh menerima garis-garis halus terutama di bahagian mata. Garis-garis ini disebut sebagai crow's feet akan bertambah seiring pertambahan usia. Dengan menyuntik sedikit botox, kedutan mula hilang. Pendek kata, ia meremajakan wajah dengan cepat dan mudah.
Pelakon George Clooney dikatakan salah seorang selebriti yang melakukan perubahan terhadap sekitar matanya. Dia menggunakan botox dengan bertujuan untuk kelihatan sentiasa 'segar' apabila berada di set mahupun luar set.
Bagi pelakon Dwayne "The Rock" Johnson, dia sendiri pernah berdepan dengan pembedahan plastik untuk mengecilkan dadanya. Dia dikatakan telah melakukan liposuction atau sedut lemak di dadanya kerana ia seolah semakin membesar.
Pemenang pingat emas Montreal 1976 Summer Olympics yang juga isteri kepada Kris Jenner (Kardashian) juga dikatakan telah melakukan pembedahan plastik ke atas hidungnya. Dia juga telah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya sebanyak dua kali.
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dan gitaris kumpulan KISS, Gene Simmons, pernah melakukan pembedahan plastik untuk membuang lebihan lemak pada wajah terutama bawah mata dan sekitar dagu.
Juri bermulut laser, Simon Cowell, tidak mengaku melakukan pembedahan sebaliknya mengatakan hanya berdepan dengan rawatan botox. Menurut Simon, botox memberi kesan dan tidak kisah melakukannya setiap tahun untuk tampil lebih muda sentiasa.
Bagi di Malaysia sendiri, bukan saja sebilangan selebriti lelaki yang berani berdepan dengan botox dan pembedahan plastik. Orang biasa pun tidak ketinggalan. Biar apa pun alasan mereka beri, asalkan ia bersebab seperti punca kemalangan, faktor kesihatan dan bukan kerana mahu mengubah ciptaan Yang Maha Esa sudah lebih baik.
Jangan kerana banyak duit dan pengaruh rakan-rakan, rasanya tidak berbaloi mengeluarkan belanja yang tinggi semata-mata mahu 'menghodohkan' diri. Maklum sajalah, tidak semua rawatan botox dan pembedahan plastik berjaya 100%!
0 Response to "Lelaki Juga Ambil Botox, Pembedahan Plastik?"
Post a Comment