Perihal Alat Sulit Lelaki

Biarpun alat sulit teman rapat anda, tidak pernah meninggalkan anda, tetapi masih ada beberapa rahsia mengenainya yang tidak anda ketahui. Pernahkah anda mengalami masalah ‘bocor’, masih ada setitis dua air kencing yang keluar selepas anda selesai ke tandas? Menurut pakar urologi di University of Texas Medical Branch, Joseph Sonstein, M.D., apabila bahagian uretra, iaitu tiub yang membawa air kencing ke pangkal penis, ‘terlari’ sedikit kedudukannya, perkara ini akan berlaku. Jangan risau, ia adalah normal. Walaupun begitu, jika aliran air kencing adalah lemah dan kerap menitis, ia mungkin petanda jangkitan mahupun simptom kanser prostat.
 
*Kenapa lambat?
Seperti setitis dua air kencing yang menitis selepas selesai membuang air kecil, kebocoran ejakulasi juga akan keluar selepas anda terangsang. Usah risau kerana keadaan ini adalah sama seperti kes air kencing yang diterangkan tadi. Memandangkan lendir ini lebih pekat berbanding air kencing, maka  ia mengambil masa untuk keluar sepenuhnya.
 
*Kecut ketika basah?
Bukan basah yang menyebabkan keadaan ini. Untuk pengetahuan anda, apabila alat sulit anda terdedah kepada air atau suhu sejuk, ia akan mengecut. Sperma memerlukan suhu tertentu untuk bertindak aktif. Apabila anda berada di dalam keadaan sejuk, bahagian skrotum akan ditarik ke tubuh anda. Oleh itu, ia tampak seperti mengecut.
 
*Bina ‘khemah’ di pagi hari
Tahap hormon testosterone anda meningkat pada waktu pagi. Walaupun anda tidak terangsang, alat sulit anda tetap akan ‘naik’. Ia sebenarnya bertujuan untuk mengekalkan fungsi seksual yang berkesan.
 
*Kenapa ‘mimpi basah’ terjadi?
Perkara ini mungkin berlaku kerana tahap testosterone yang tinggi dan biasanya berlaku ketika anda tidur. Oleh sebab itulah, kebanyakan lelaki yang mempunyai tahap testosterone yang tinggi akan mengalami ‘mimpi basah’ ketika sedang tidur.dikatakan keadaan ini biasanya berlaku ketika seorang lelaki itu baru melalui tempoh terangsang, yang dapat membantu penghasilan sprema baru yang berkualiti.

Sumber Maskulin

Related Posts :

0 Response to "Perihal Alat Sulit Lelaki"

Post a Comment