Personaliti TV Al Hijrah Difitnah & Diaib Melalui Skype

Siapa tidak kenal dengan pengacara yang berwibawa Amin Idris dalam rancangan Assalamualaikum terbitan saluran Al-Hijrah.
Baru-baru ini beliau mendakwa telah di fitnah dan di aibkan oleh seseorang semasa sedang membincangkan perihal kerja melalui Skype.
Niat baiknya untuk berbincang mengenai program motivasi melalui teknologi Skype telah ‘dimanipulasikan’ untuk mengugut dan menuntut sejumlah bayaran daripada beliau.
Dalam zaman serba canggih sebegini, ternyata ada manusia yang sanggup membuat kerja terkutuk semacam ini. Ini adalah petikan daripada Facebook milik beliau.
Kes seperti ini sebenarnya sudah berlaku satu ketika dahulu melibatkan pelajar negara kita dengan ‘sindiket’ warga Filipina seperti yang telah dilaporkan diakhbar Harian Metro.
Mungkin ini ujian dan dugaan yang hebat untuk saudara Amin Idris. Pada akhir zaman ini pelbagai fitnah akan berlaku, jadi sebagai seorang muslim teruskan berdoa agar dihindari dari fitnah akhir zaman dan amalkan bacaan surah Al-Kahfi ayat 1-10 seeloknya-eloknya dihafal.
Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran buat Amin Idris dari kejahatan manusia dan semoga Amin Idris tabah. Kami bersamamu..

0 Response to "Personaliti TV Al Hijrah Difitnah & Diaib Melalui Skype"

Post a Comment