Pertelingkahan Sepasang suami isteri sama ada jubbah dipakai wanita itu
menepati syariat Islam atau tidak akhirnya berakhir dengan kekasaran
apabila si isteri di tumbuk di muka juga di pukul dengan penyangkut baju
hingga cedera. Kejadian beraku di rumah pasangan itu di Setapak di sini
kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, ketika kedua-duanya bersiap untuk
makan malam.
Menurut sumber sebelum kejadian si suami
mengajak isterinya makan diluar, namun apabila si wanita itu mengenakan
sehalai jubbah, lelaki terbabit meminta menukar kepada pakaian lain.
Lelaki itu berpendapat jubbah yang
dipakai isterinya ketat dengan kain melekat pada tubuh. Jadi ia tidak
menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam. Bagaimanapun si isteri
enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yang dipakainya
basa sahaja dan sudah menutup aurat, katanya ketika dhubungi semalam.
Sumber itu berkata bermula hanya dengan
perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk
muka isterinya beberapa kali. Tidak cukup dengan itu dia turut memukul
badan mangsa dengan penyangkut baju hingga wanita itu cedera di mulut
dan lebam dibadan. Mangsa yang cedera mendapat rawatan diklinik
berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai
Polis Setapak.
Sumber: Beritapanasterkini
0 Response to "Isteri Dipukul Akibat Pakai Jubah Ketat dan Melekat"
Post a Comment