Samsung Galaxy Gear Solo, Jam Tangan Pintar Standalone


Salah satu masalah dengan jam tangan pintar generasi terkini ialah ia terlalu bergantung kepada telefon pintar pengguna untuk berfungsi. Namun, Samsung telah memfailkan terma “Gear Solo” di pejabat harta intelektual di Korea Selatan dan dikatakan nama itu merupakan nama bagi sebuah jam tangan pintar standalone atau boleh berfungsi dengan sendirinya.

Samsung Galaxy Gear Solo merupakan varian Samsung Galaxy Gear 2, seperti mana Galaxy Gear Fit dan Gear 2 Neo dan selain menjalankan fungsi seperti jam tangan pintar Gear 2 lain, ia juga boleh membuat panggilan terus tanpa dihubungkan kepada telefon pintar, menurut laporan Patently Apple

Laman itu memetik sumber-sumbernya sebagai berkata Samsung dan SK Telecom sedang menyediakannya untuk pelancarannya.
Sebuah jam tangan pintar yang boleh berfungsi secara sendiri sememangnya sebuah peranti yang menarik. Ia bermakna pengguna tidak perlu membawa telefon pintar bersama-sama mereka kerana ia sudah cukup untuk menggantikan telefon pintar.
Menurut sumber yang lain di dalam SK Telecom pula, Gear Solo akan mula-mula dilancarkan di Korea Selatan dan kemudiannya akan dilancarkan secara global.
Sementara itu, Patently Apple juga melaporkan Apple masih sedang dalam usaha membangunkan jam tangan pintar yang telah lama dikhabarkan, iaitu iWatch. Syarikat itu dikatakan didakwa sedang “memikat” staf syarikat barangan kemas dan mewah LVMH (Moët Hennessy – Louis Vuitton) untuk berkerja dengan mereka.
Walaubagaimanapun, tidak ada indikasi bahawa teknologi boleh pakai adalah keutamaan Apple. Tetapi apa jua yang dikeluarkan Apple pada masa ini, ia dijangka akan menjadi pesaing yang kuat kepada Samsung.

0 Response to "Samsung Galaxy Gear Solo, Jam Tangan Pintar Standalone"

Post a Comment