Tablet Samsung Dengan Skrin AMOLED Berresolusi Tinggi


Samsung dikatakan mempunyai sebuah tablet 10.5 inci dengan skrin Super AMOLED berresolusi tinggi di tangannya menuggu untuk dilancarkan. Spesifikasi untuk tablet dengan nombor model SM-T800 telah diperolehi SamMobile.

SamMobile telah mendapat senarai sepesifikasi untuk sebuah tablet Samsung 10.5 inci yang dilengkapi skrin Super AMOLED berresolusi tinggi dengan nombor model SM-T800. Dalam senarai spesifikasi itu, ia disebut mempunyai skrin Super AMOLED 10.5-inci dengan resolusi 2560 x 1600.
Menurut senarai itu juga, tablet ini dilengkapi pemproses quad core Snapdragon dan 2GB RAM manakala akan dilengkapkan dengan Android 4.4 Kitkat dan pilihan 16/32/64GB ruang storan.
Spesifikasi lain termasuk kamera utama 8MP dan kamera hadapan 2MP, slot kad MicroSD dan bateri 7,900mAh. Tablet ini hanya akan ditawarkan dalam varian WiFi sahaja.
Dengan skrin dengan resolusi setingg itu, tablet SM-T800 ini telah mengalahkan skrin iPad Air yang mempunyai resolusi hanya 2048 x 1536 piksel dan mempunyai resolusi yang sama dengan Kindle HDX 8.9.
Dengan itu bermulalah persaingan skrin antara tablet-tablet. Tablet 12 inci Apple dikhabarkan akan dilengkapi skrin akan dilengkapi skrin 2K atau 4K yang belum pernah dilihat sebelum ini.  Sementara itu, Google juga dikatakan akan mengeluarkan tablet Nexus 10.1 inci pada acara Google I/O tahun ini.
Kelebihan yang ada pada Samsung ialah skrin AMOLEDnya yang boleh memaparkan warna yang lebih menarik dan warna hitam yang lebih gelap berbanding skrin LED biasa.
Tentang bila tablet dengan skrin AMOLED berresolusi tinggi ini akan dilancarkan, laporan SamMobile tidak menyebutnya, tetapi memandangkan ia telahpun siap dibangunkan, peminat tidak dijangka akan menunggu lama untuk melihatnya di pasaran.

0 Response to "Tablet Samsung Dengan Skrin AMOLED Berresolusi Tinggi"

Post a Comment