Banyak telefon pintar baru telah dilancarkan baru-baru ini dan juga akan dilancarkan tidak lama lagi. Jika anda salah seorang yang baru sahaja membeli telefon pintar termaju, tahniah, namun ia telahpun ketinggalan zaman kerana Qualcomm baru sahaja mendedahkan dua cip terbarunya yang akan dilengkapkan pada telefon pintar untuk tahun hadapan, Snapdragon 810 dan 808.
Teknologi telefon pintar sememangnya bergerak dengan pantas dan baru sahaja cip Snapdragon 801 diperkenalkan pada telefon pintar Samsung Galaxy S5, Qualcomm telah mengumumkan dua buah cip yang bakal menguasakan telefon pintar 2015, iaitu Snapdragon 810 dan 808.
Snapdragon 810
Cip Snapdragon 810 direka dengan kebolehan untuk mengendalikan sensor 55MP, video 4K dan skrin Ultra HD, memori LPDDR4 berkelajuan tinggi dan menawarkan Wi-Fi yang dipertingkatkan, Bluetooth 4.1 dan NFC. Ia juga mempunyai GPU Adreno 430 yang 30% lebih pantas daripada cip sebelumnya Adreno 420 yang belum pun dilengkapkan pada sebarang telefon pintar.
Cip lapan core ini dijangka hadir ke telefon pintar dan tablet berspesifikasi tinggi mulai tahun hadapan.
Snapdragon 808
Cip Snapdragon 808 yang sedikit lebih rendah dari 810 dengan hanya enam core dan menyokong paparan video 2K . GPU Adreno 418 menyokong paparan resolusi WQXGA., sekaligus bermakna telefon pintar tahun hadapan akan menyokong resolusi sehingga 2560×1600 piksel.
Cip ini juga menyokong paparan 4K melalui HDMI dan memori LPDDR3 serta sambungan WiFi yang dipertingkatkan. Kedua-dua cip ini ialah cip 64 bit dan Qualcomm mendakwa ia lebih kecil, ringan dan menjimatkan tenaga berbanding cip-cip sebelumnya.
0 Response to "Qualcomm Mendedahkan Cip Snapdragon 810 dan 808"
Post a Comment