No need for suit & tie untuk menjadikan lelaki itu seorang gentleman.
Tak salah kalau anda punya kualiti sebagai seorang gentleman.
Yang penting adalah sikap, perlakuan dan pembawakan diri anda. Adakah anda ciri-ciri seorang gentleman sejati?
1. Si jarang tertunggu-tunggu anda membalas mesej. Walau sesibuk
mana atau anda bukanlah seorang yang gemar ‘texting’, anda tidak akan
membuatkan si dia menunggu response dari anda selama berjam-jam.
2. Anda menjadikan hari-hari dia lebih bahagia bersama. Dia tak
pernah bosan dengan anda walaupun menjalani kehidupan biasa setiap hari,
kerana anda menghargai masa bila berdua.
3. Si dia bangga untuk membawanya mendekati keluarga dan
teman-teman berbanding takut anda akan memalukan dia di hadapan mereka.
Ini kerana anda pandai membawa diri, bergaul dan ‘behave’ di hadapan
orang tua dan sebaya.
4. Apabila kawan baik si dia putus cinta, si dia mampu meyakinkannya
rakannya yang dia akan mendapat someone better, seperti apa yang dia ada
hari ini.
5. Bila si dia perlukan anda, anda akan berada di sisinya. Tak akan ada ‘drama’ dan paksaan.
6. Si dia tahu anda benar-benar ‘sukakan dia’ kerana sayang dan
cinta. Bukan kerana kesunyian, ambil kesempatan atau ‘ada udang di
sebalik batu.’
7. Terasa selamat apabila anda berada di sekelilingnya. Macam ada bodyguard.
8. Anda menjadikan kehidupannya seperti seorang gadis menjadi sempurna. Dicintai dan mencintai.
9. Jarang si dia berleter dan membebel atas ketidakpuasan hati
terhadap perlakuan anda. Anda tahu apa keperluan dan perhatian yang dia
inginkan.
10. Si dia tahu anda pandai menyimpan rahsia anda berdua dari pengetahuan sesiapa, walaupun rakan baiknya sendiri.
11. Anda tidak takut pada komitmen, tetapi tidak seorang yang ‘rush for it’. Segala perlakuannya nampak rasional, tenang, cool dan steady.
12. Jarang anda becerita tentang miss ex, kecuali bila ada
topik-topik ‘berkaitan’. Tetapi, tentu perkataannya ‘berlapik’, demi
menjaga hati si dia.
13. Si dia tahu anda boleh menerima kelemahan dan kesilapan anda.
Juga anda ada bersama si dia pada naik dan turun dalam kehidupan anda,
dikala waktu susah dan senang.
14. Anda sentiasa memberikan layanan yang terbaik buat si dia
walaupun pada ‘perkara-perkara kecil’ seperti tolong bukakan pintu dan
memerhatikan si dia melintas jalan. Raut muka anda tentu serius jika
anda tahu orang melayan si dia secara buruk.
15. Akhir sekali, si dia pasti tidak akan menyangka betapa simple dan
mudahnya menjalinkan hubungan anda. Perasaan tidak selamat, rasa tidak
dihargai dan diabaikan pada hubungan bersama ex dulu tidak lagi
berulang, bila bersama anda.
Sumber MASKULIN
0 Response to "15 Tanda Anda Gentleman Sejati"
Post a Comment