Jika anda berdepan dengan indeks jisim badan atau BMI kurang daripada 18.5, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu kerana kurus tahap melampau boleh mengundang pelbagai penyakit. Berat tubuh badan yang ideal perlulah memiliki BMI di antara 20 hingga 25.
Jangan ingat penyakit diabetes dan penyakit jantung hanya mudah menyerang orang gemuk. Hakikatnya, orang yang berbadan kurus lebih cenderung kurang sihat apabila mereka merasakan tidak mempunyai masalah jika tidak perlu bersenam dan mengambil makanan segera. Orang gemuk dilihat lebih ketara lemak yang membonjol terutama perut berbanding lemak orang kurus. Tapi harus diingat, lemak orang kurus 'melekat' pada jantung atau hati.
Kebanyakan orang kurus kerap merasa letih sepanjang masa. Kekurangan tenaga merupakan simptom awal penyakit anemia atau kurang darah. Mudah semput, kerap sakit kepala dan pening kepala juga petanda penyakit anemia. Elak beranggapan orang kurus tidak perlu bertemu doktor kerana anda sebenarnya memerlukan nasihat tentang cara pengambilan makanan.
Terlalu kurus juga boleh menjadi punca anda menjadi seorang yang kurang subur. Lelaki yang terlalu kurus dikatakan berisiko 22% berdepan dengan masalah seksual seperti tidak berupaya untuk ejakulasi, sakit ketika mengadakan hubungan seks dan masalah erektil.
Ramai orang lebih risau akan lemak pada badan tapi kurang tahu akan kepadatan tulang. Tubuh yang terlalu kurus boleh menyebabkan diserang osteoporosis dan tulang rapuh. Hal ini kerana, jika anda tidak mempunyai sebarang lemak, lemak tidak mungkin dapat berubah menghasilkan estrogen. Tanpa estrogen yang mencukupi, tulang akan mudah rapuh.
Jangan kerana mahu memakai seluar 'skinny' semata-mata, anda sanggup menjadi lelaki yang sangat kurus tanpa memikirkan risiko yang mengundang!
0 Response to "Risiko Berpenyakit Jika Terlalu Kurus"
Post a Comment