Nokia Memperkenalkan Telefon Mampu-Milik – Nokia 225

Nokia baru-baru ini telah memperkenalkan peranti Lumia dan juga beberapa peranti lain. Dan khusus untuk para pengguna di negara-negara membangun yang inginkan telefon dengan akses internet pada kadar mampu milik, Nokia 225 diperkenalkan secara rasminya hari ini.


Nokia 225 hadir dalam variasi satu SIM dan juga dwi-SIM, dan dilengkapi dengan papan kekunci fizikal serta skrin bersaiz 2.8-inci.
Ia menggunakan sistem operasi berasaskan Series 30+, dan turut hadir dengan sokongan Nokia Xpress Browser untuk membolehkan pengguna melayari internet pada penggunaan data yang rendah. Selain itu, aplikasi seperti Facebook, dan juga Twitter turut hadir bersama peranti tersebut.
Untuk tujuan rakaman gambar, sebuah kamera belakang 2-megapixel disertakan. Sokongan lain seperti radio-FM turut hadir.
Bagi menarik lagi para pengguna untuk mendapatkan peranti ini, pihak Nokia menjualnya dengan lima permainan yang akan hadir terbina, iaitu Asphalt 6, Block Breaker 3, Assassins Creed 3, The Avengers, dan juga Real Football 2.
Menariknya mengenai telefon ini adalah masa bertahan baterinya, dimana Nokia menjanjikan masa bertahan sehingga 36 hari untuk versi satu-SIM, dan juga sehingga 27 hari untuk dwi-SIM.
Kedua-duanya bakal dipasarkan bermula suku kedua 2014 ini di beberapa pasaran terpilih, dan dijangka akan berharga sekitar ~RM180.
SUMBER RUJUKAN: NOKIA

0 Response to "Nokia Memperkenalkan Telefon Mampu-Milik – Nokia 225"

Post a Comment