Muda atau tua, jika anda pernah berdepan dengan sakit pinggang atau tulang belakang yang kronik, anda mungkin tidak lagi dapat menikmati aktiviti seksual dengan lebih seronok bersama pasangan sah anda. Jika selama ini anda pernah berdepan masalah ini, entri ini ditujukan kepada anda!
 
Jika anda pernah mengalami sakit pinggang dan sakit tulang belakang, ubat penahan sakit, berurut atau mencuba rawatan lain mungkin langkah yang anda lakukan dengan harapan anda boleh kembali 'berseronok' tatkala di kamar tidur.
 
Sebenarnya, jangan pandang mudah dengan kesakitan yang dialami. Ia bukan saja boleh mengundang gangguan fungsi seksual anda tetapi menjadi punca pasangan anda mengeluh atau berkecil hati.
 
Bagaimana aktiviti seksual boleh terjejas? Apabila sakit pinggang dan sakit belakang berada di tahap kedua dan ketiga di mana kesakitan berterusan walaupun anda sudah mengambil ubat penahan sakit. Rasa sakit tersebut akan menekan atau menghimpit saraf sakrum sehingga menyebabkan ia menekan saraf pelvik lalu mengganggu keupayaan seksual termasuk mati pucuk.
 
Selain itu, anda juga boleh mengalami gangguan fungsi seksual secara tidak langsung akibat pengambilan ubat terapeutik dan juga disebabkan kemurungan, stres dan gangguna psikologi.
 
Untuk mengurangkan masalah ini, lakukan senaman atau fisioterapi kerana serba sedikit dapat membantu mengubah tekanan supaya kembali menghayati seks sempurna. Jika senaman ini dapat membantu mengembalikan keseronokan syahwat, teruskan bersenam untuk mengatasi masalah sakit pinggang dan sakit tulang belakang.
 
Namun, kami sarankan anda bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan supaya doktor boleh melakukan pemeriksaan rapi mengesan apa yang berlaku.
 
Kerja berat, pemakanan, pengambilan ubatan atau faktor usia boleh menjadi punca anda mudah sakit-sakit. Jangan biarkan anda terpaksa mengelak apabila dipelawa oleh pasangan kerana menolak atau ditolak ketika mahu melakukan seks adalah perasaan yang sangat kecewa!