Memiliki tubuh badan yang diidamkan sememangnya mengambil masa yang lama. Malah, belum tentu anda mempunyai masa yang betul-betul tersusun untuk mengikut jadual di pusat gim melainkan anda mengetahui rahsia menurunkan kalori paling cepat hanya ketika berada di rumah.
Membasuh kereta
Ketahuilah bahawa lelaki yang membasuh kereta tampil lebih menarik berbanding wanita lebih-lebih lagi jika anda tidak mengenakan pakaian sambil melakukan beberapa senaman. Membasuh kereta selama setengah jam membantu membakar 143 kalori. Anda boleh membakar lebih kalori jika anda melakukan beberapa beberapa 'adegan' seperti melunjurkan kaki saat membasuh tayar, melakukan lompatan mahupun mengelilingi kereta anda!
Berkebun
Melakukan aktiviti berkebun mampu membakar sebanyak 265 kalori setiap jam. Melakukan senamansquad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun.
Membasuh pakaian
Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144. Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178.
Mengemop
Ambil alih tugas mop lantai dari isteri atau ibu anda kerana hanya mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam. Membersihkan permaidani, mengemop lantai tiga kali seminggu membantu bahu dan tangan anda bersenam dengan cara mudah. Selepas ini, aktiviti mop lantai mungkin menjadi satu aktiviti wajib buat setiap minggu.
Memasak
Anda mungkin terkejut apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh!
Hujung minggu anda mungkin lebih bermanfaat jika anda mula mengetahui bahawa melakukan kerja rumah boleh membantu bakar kalori anda? Jika dikumpul kesemua jumlah kalori yang dibakar, anda sudah boleh memiliki tubuh berotot tanpa anda sedar.
0 Response to "Kerja Rumah Lebih Cepat Bakar Kalori?"
Post a Comment