Hospital baru akan dibina di Selangor

SHAH ALAM: Beberapa buah lagi hospital akan dibina di Selangor bagi memenuhi keperluan penduduk di seluruh Selangor dan juga penduduk Lembah Klang.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Daroyah Alwi (gambar)  Kerajaan Negeri Selangor akan membuat Kompleks Opstektrik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, yang mana kompleks ini dapat memuatkan sebanyak 300 buah katil.
Katanya lagi, selain HTAR, pada September tahun ini juga, penduduk lembah Klang bakal menikmati kemudahan perubatan hospital baru di Shah Alam.
“Hospital Shah Alam dijangka siap pada bulan September dan dijangka dapat memuatkan sebanyak 300 buah katil,” ujarnya bagi menjawab soalan lisan daripada ADUN Teluk Datok, Loh Chee Heng.
Dalam pada masa yang sama, Daroyah turut menjelaskan bahawa, kini Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk memohon kepada Kementerian Kesihatan bagi membina sebuah lagi hospital bagi memenuhi keperluan rakyat Selangor.
“Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk membina sebuah lagi hospital di Kapar,” katanya yang juga merupakan ADUN Sementa.
Dalam pada masa yang sama, Daroyah turut menjelaskan 10 jenis penyakit-penyakit kronik yang dialami bagi penduduk Selangor.
“Antara penyakit-penyakit kronik yang dialami penduduk Selangor adalah penyakit paru-paru, penyakit asthma, chronic obstructive pulmonary disease (COPD), jangkitan kuman, penyakit kardiovaskular, penyakit usus, penyakit buah pinggang, ketumbuhan dan barah seperti kanser payudara, kanser paru-paru, kanser Rahim, ovary, prostat, penyakit kecacatan semenjak dari lahir, penyakit metabolik, penyakit lemah tahap kesihatan, dan penyakit darah seperti talesemia,” ujarnya pada hari ketiga Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Sidang Dewan Negeri Selangor Kali ke 13, di Dewan Unfdangan Negeri Selangor.
Tambahnya, hingga kini, jabatan kesihatan negeri Selangor berkemampuan untuk merawat kesemua penyakit kronik tersebut.

0 Response to "Hospital baru akan dibina di Selangor"

Post a Comment